Mar 142010

Alhamdulillah syukur aku sekarang telah memegang amanah sebagai seorang guru. Sekarang aku mengajar di Maktab Rendah Sains MARA Felda (MRSM Felda). Baru sebulan bekerja aku kini akan menghadapi antara hari yang paling penting dalam hidup aku iaitu Konvokesyen.

Pada 16hb Mac 2010, Insyallah aku akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat daripada Tuanku Canselor UPSI.

Dalam kesibukan aku menjalankan amanah sebagai guru MARA, aku sempat menawarkan diri untuk membina portal untuk maktab tersayang. Kami guru Mara memanggil sekolah kami sebagai Maktab. Atas sokongan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, En Ariffin telah membawa cadangan ini ke pihak Pengetua, En Saleh dan beliau meluluskan projek ini bersama pembiayaan dengan serta merta.

Setelah urusan pembelian domain name & web hosting selesai dilakukan, aku pun memulakan gerakan pembangunan portal ini.

Domain name yang didaftarkan untuk MRSM Felda ialah http://www.mrsmfelda.edu.my masih dalam peringkat pembangunan lagi.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace

Jan 172010

Kebanyakan pengguna Windows pasti mengenali format fail seperti DVD, MP3, Quicktime, Windows Media, Flash, Quicktime, WMA dan WMV. Namun pemain fail multimedia yang ada pada Ubuntu tidak menyokong penggunaan format fail multimedia tersebut kerana tertakluk kepada kekangan hak cipta. Terlarang di sini tidak bermaksud tidak boleh menggunakan format tersebut tetapi Ubuntu tidak boleh menyediakan secara default kebolehan untuk memainkan format fail tersebut pada pemain multimedianya seperti Movie Player & Rhythmbox Music Player.

Legal Notice Patent and copyright laws operate differently depending on which country you are in. Please obtain legal advice if you are unsure whether a particular patent or restriction applies to a media format you wish to use in your country.

Walaubagaimanapun Ubuntu boleh memainkan fail multimedia tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace

Jan 142010

Canon menyediakan perisian printer untuk Linux tetapi belum menyediakan perisian untuk Ubuntu 9.04. Tetapi ada seseorang yang telah menyediakan perisian printer Pixma iP1880 untuk Ubuntu 9.04.Kalau anda menggunakan Ubuntu 9.04 dan masih belum menemui cara untuk membuat printer anda berfungsi, anda patut cuba tutorial ini.

Catatan: Cara ini telah diuji pada Ubuntu 9.04 dan Ubuntu 8.10.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace

Jan 142010

Mozilla Firefox didatangkan secara pakej bersama Sistem Pengoperasian Ubuntu, tetapi menawarkan versi lama firefox iaitu Firefox 3.0. Mungkin anda akan merasa kecewa kerana tidak dapat menggunakan versi terkini firefox yang lebih interaktif dan pantas. Pengguna Ubuntu yang nak upgrade default Firefox version kepada Firefox version 3.5 boleh mencuba tutorial ini. Apa yang diperlukan ialah Ubuntuzilla.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace

Jan 142010

Mulai minggu ini saya akan menggunakan Ubuntu sebagai salah satu sistem operasi komputer saya. Mulai hari ini juga saya akan menulis mengenai Ubuntu ini. Versi ubuntu yang saya gunakan ketika ini ialah Ubuntu 9.04 Desktop Edition (Jaunty Jackalope).

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Ubuntu ini boleh lawat laman web ini.

http://www.ubuntulinux.org/

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.
Developed by php programmers .